Sunday, January 29, 2012

The Malubang Legend

Mungkin ada sesetengah dari kita tidak pernah mendengar mengenai Nahkoda Supirak. Tetapi bagi penduduk Kampung Malubang dan kebanyakkan penduduk di Pitas dan Kota Marudu (Sabah), mereka dapat menceritakan asal-usul kejadian pulau yang menyerupai kapal tu malahan dapat menunjukkan lokasi sebenar tempat yang penuh dengan sejarah itu. Secara amnya, kisah Nahkoda Supirak dan kapalnya hampir sama dengan cerita si Tanggang, cuma berbeza tempat dan masa sahaja. Kisah ini telah wujud sejak lama dahulu.

Peta yang menunjukkan lokasi sebenar Supirak
Menurut cerita penduduk Kampung Malubang, pulau tersebut sebenarnya adalah kapal besar milik Nahkoda Supirak. Namun akibat sumpahan ibunya, Nahkoda Supirak yang enggan mengakui ibunya setelah memiliki kekayaan bertukar menjadi batu bersama awak-awaknya. Oleh yang sedemikian, kisah Supirak dan si Tanggang sedikit sebanyak mempunyai persamaan yang sangat jelas. 

Anda boleh sampai ke pulau tersebut dengan menaiki bot dari jeti Kg. Malubang yang terletak berhampiran dengan sekolah. Perjalanan dari jeti ke tempat tujuan hanya memakan masa lebih kurang 5 minit sahaja ataupun sejam lebih jika bertolak dari dataran Bengkoka. 

Kampung Malubang

Antara bot yang boleh digunakan untuk sampai ke pulau.

Perjalanan ke pulau
Semasa menghampiri pulau tersebut, anda pasti kagum dengan keindahan dan keunikkan batu yang memang kelihatan seperti sebuah kapal. Menurut penduduk di sana, pada masa dahulu terdapat banyak bentuk-bentuk batu yang menyerupai bentuk manusia, tali, meja dan lain-lain peralatan. Malangnya, pada masa sekarang bentuk-bentuk tersebut semakin hilang akibat perubahan fizikal pada pulau berkenaan. 

Pihak Pejabat Daerah Pitas telah menyediakan kemudahan jeti dan tangga untuk menaiki pulau ini

Kapal Nahkoda Supirak

Kapal Nahkoda Supirak
Pejabat Daerah Pitas mengambil langkah bijak dalam pemuliharaan dan kemudahan kepada pengunjung dengan menyediakan jeti dan tangga untuk mendaki pulau tersebut. Selain itu, terdapat dua buah pondok rehat turut disediakan di pulau tersebut. 

Selain daripada Pulau Batu Supirak, Malubang juga terkenal dengan beberapa tempat menarik yang turuk mengandungi sejarah dan cerita yang tersendiri. Antaranya ialah Misteri Perigi Air Tawar yang terletak di laut, Batu Gerawang, Batu Berunsai, Batu Talam dan Batu Dulang. 

Gambar-gambar di bawah antara permandangan yang anda boleh lihat semasa berada di pulau tersebut. Kredit kepada KULANZ SALLEH BLOG untuk gambar dan sejarah Supirak :)



























2 comments: